Monday, 17 October 2016

Petua untuk turunkan kolestrol



daun kadok


Hari ni terasa nak share cara natural turunkan #kolestrol. Ada orang, makan macam2 ubat pun kolestrol tak turun2, jadi why not try cara tradisional kan. Kot2 terus turun kolestrol tu.

Petua ni sepupu aisyah yang ajar, sebab dia pun ada kolestrol. Lepas dia amalkan minum air daun kadok ni, kolestrol dia terus hilang dan tak dapat dikesan lagi. Perghh! magic sungguh daun kadok ni kan.

Ok, ni cara buat dia. Cara dia senang jek, amik 7 helai daun kadok, pastu tuang air panas. Minum masa suam, sampai kolestrol hilang. Kalau nak buat ulam pun bagus tau.

Daun kadok ni ada khasiat lain juga tau, korang baca kat bawah ni, ok.
- merawat sembelit
- sakit gigi
- demam malaria
- lemah dan sakit tulang
- melawaskan kencing
- melegakan selesema dan batuk
- panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepas tu sapu kat kawasan yang ada panau)
- bagus untuk masalah usus yang nipis



Ps: kalau nak rebus pun boleh, nak buat urap ke, kerabu ke, pun boleh. Kalau kat rumah tak de pokok kadok, nanti besok jangan lupa check pokok rumah jiran sebelah, kot2 dia ada tanam pokok kadok ni, boleh minta sikit. ðŸ˜œ

Kayu Manis Ceylon tu apa?

Perghh.. lama betul aisyah tak update blog. Hari ni aisyah nak citer pasal Kayu Manis Ceylon (KMC). Nak tau tak, kayu manis biasa yang kita makan tu nama dia cassia. Kayu manis cassia ni sebenarnya boleh merosakkan hati uolls kalau diambil secara berlebihan sebab kandungan coumarin dia tinggi (0.31-6.97gm/kg). Kalau untuk perubatan, kene makan yang jenis Ceylon, sebab jumlah coumarin dia paling rendah dalam adik beradik kayu manis yang lain iaitu (0.017gm /kg).



Ni ringkasan pendek pasal KMC

" Kulit kayu manis merupakan rempah yang tertua di dunia. Kayu manis yang sebenar iaitu Kayu Manis Ceylon (KMC) berasal dari Sri Lanka ditemui sekitar 6000 tahun lalu. Tahukah anda, kayu manis telah terkenal dengan pelbagai manfaat penyembuhan penyakit sejak dari 2700SM lagi. Terdapat kajian yang membuktikan bahawa gabungan kayu manis dan amdu bukan sahaja boleh merawat hampir kesemua penyakit, malah ia merupakan antara gabungan ramuan semulajadi terhebat untuk meningkatkan antibodi badan."


Oraitt. ni antara khasiat KMC. Uolls yang nak kuruskan badan ke, atau ada maslaah eksihatan macam kat bawah ni boleh la try KMC ni. Ramai bakal2 pantin makan KMC komplen sebab baju dorang kene alter kecikkan sebab dah KURUS!! best tak best, nak kawin badan ramping kalah JLo beb.




Hah, ni close up gambar kayu manis ceylon dengan yang kita biasa makan tu. Beza kan. bukan bentuk jek beza tau, rasa dia dengan texture dia pun beza.



Last picture tuk arini, khas tuk korang yang nak tau beza KMC dengan kayu manis biasa.


Kesimpulan nya, kalau uolls nak buat masak beli yang jenis cassia jek sudah, tak yah mahal2, tapi kalau nak beli yang ceylon pun boleh. Dun worry polis tak tangkap. hihi.

Nak beli Kayu Manis Ceylon original dari Sri Lanka , whatsapp 012-700 1042




Wednesday, 10 December 2014

4 cara mudah dan murah nak hilangkan dark circle



Dark circle!!! Ramai tak yang ada masalah lebam bawah mata? .Biasanya lebam bawah mata ni selalu terjadi kat student atau working people sebab dorang selalu tidur lambat, mengadap laptop, tak cukup rehat la kiranya. Tapi ada juga article yg cakap lebam bawah mata tu keturunan.. Camana pun, mesti boleh kurangkan lebam bawah mata tu kalau kita berusaha kan sbb kalau mata mcm panda, serius memang tak cantik. kita pun mesti x confident kan nk jumpe dgn org bila mata nmpk letih jek. lagi2 kalau kulit cerah, perghh macam zombie terus muka nnt..hehe

OK sini ada beberapa tips atau petua untuk hilangkan dark circle atau lebam bawah mata ni bolehla kakak2 atau adik2 cuba yer, ikut la mana2 petua yang berkenan di hati.


1. pakai timun sejuk (yg dalam ice box)


Kenapa pakai timun? hah, sbb timun ni ada  vitamin C dan vitamin K yg boleh pudarkan gelap bawah mata. Kalau mata sembab pun bagus pakai timun sbb timun boleh kurangkan sembab tu. Pastu timun ni buat mata segar bugar..kalau nk biar mata ni nampak segar dalam wktu yg singkat boleh la try pakai timun. caranya senang jek, just hiris timun bulat2 mcm dlm gambar, dan letak kat mata. Biarkan 15-20 minit. Pastikan timun tu, timun yg dalam peti ais ye..barulah mujarab.. 


2. pakai kentang (masukkan dlm ice box)


cara no 2 ni pakai kentang pula. kentang ni sebenarnya mengandungi vitamin C, enzymes dengan khasiat lain yg bagus untuk gelap bawah mata. kentang ni macam natural bleaching untuk cerahkan bawah mata. caranya senang jek, hiris kentang nipis2, pastu masukkan dlm peti ais, kalau nk cepat, masukkan jek dalam freezer, tapi masukkan sekejap jek kalau dalam freezer, nnt beku pulak..dah kejung pulak mata nk pakai nnt..hehe. ok, lps dh sejuk, pakai kat mata, better hiris nipis, sbb kalau tebal nnt susah nk letak kat mata.. biarkan 15-20 minit.. pastu basuh jek la muka mcm biasa.


3. pakai uncang teh (masukkan dalam ice box)


cara no 3 ni pun senang jek, just pakai uncang teh. bukan uncang teh baru tau, tapi uncang teh dr buat teh.. pagi2 lps dh buat teh, uncang tu jangan buang tapi simpan dalam peti ais. bila petang atau malam boleh pakai kat mata..pakai smpai tea bag tu x sejuk lagi...nnt mata rase sejukk jekk..mata mmg rase fresh nanti. tapi better kalau ada dua uncang teh, sbb mata kita dua kan. kalau pakai satu jek nnt x balance pulak, sebelah mata gelap, sebelah lg cantik..hehe..


4. jus lemon


dalam banyak home remedies, pakai lemon yg paling nmpk cepat kesan.. tp kesan berbeza ikut individu la juga.. pakai lemon ni mula2 rasa pedih sikit tp kene tahan la. tak pasti pulak kalau org lain pakai ok, my experience pakai mmg pedih,. Tapi maybe sbb i ada syringoma under my eyes, maybe sbb tu pedih.. cara nk pakai lemon ni senang sangat2, just perah lemon dalam mangkuk (perah 1 atau 2 slice jek) pastu tekapkan dengan face cotton, face cotton yg 4 segi tu. kalau nk jimat, kerat 2 jek face cotton tu, pastu letak bawah mata, (nnt jadik macam eye mask).. Tapi kalau rase2 dark circle tu dah critical, try jek jus lemon ni, in sya Allah berkesan.. tapi kena amalkan selalu la.. Dulu my dark circle teruk sangat2, kalau selfie mmg ketara lebam bawah mata tu. dah pakai macam2 pun x kurang2, sampai la try lemon juice ni.. memang berkesan..



Friday, 5 December 2014

Tips paling senang nak hilangkan jerawat dan dapatkan kulit halus ...


Okay, pembaca yg tengah baca blog ni mesti ada masalah kulit jerawat, blackhead, whitehead kan? kalau tak, mesti tak jumpa post pasal ni..hehe.. I hate blackhead.. Tak tau la apasal blackhead ni susah betul nak hilang. Hari-hari kena picit keluarkan blackhead dan whitehead. bila jalan2 selalu usha kulit muka orang lain, dalam hati mesti ckp, apa jugak la dorang pakai, kulit halus seyh, x nampak pun blackhead, clear jek kulit dorang.


ihsan dari pakcik google :blackhead

Tengok pic ni pun dah geram, rase nk picit2 jek blackhead dia..Bila blackhead penuh rasa macam semak jek kat hidung, ibarat rumput tumbuh meliar kat belakang rumah..heheh.. itulah feeling nya bila lama x bersihkan blackhead..pakai scrub apa pun tak guna, nnt dia datang balik, buat perabih duit jek..Mahal kot scrub2 tu seme..and one day, my cousin bagi tau petua kulit dia halus. seriously, kulit dia memang cun, licin jek..mana la x jeles.. rupenyer dia guna kunyit jek.. percaya x?? kunyit kat rumah itu, yang buat gaul ikan ngn ayam tu.. murah giler kot bajet!!,..

ok cara2 nya senang jek
1. masukkan serbuk kunyit dalam mangkuk
2.masukkan air pada mangkuk kunyit tu, sampai jadi paste
3. sapu rata kat muka, biarkan 15-20 minit 
4. then basuh jek muka, kalau nk hilangkan kuning kat muka just basuh jek dengan pencuci muka.kuning tu mmg akan hilang

mesti ramai x percaya kan petua ni, tp seriously, after 20 minit pakai mask kunyit, kulit sangat2 lembut!! kalau tak percaya try la dulu.. pakai serbuk kunyit tu tak keluarkan kos apa2 pun, ambil jek serbuk kunyit mak kt dapur tu..hihi.. kalau rasa nk pelbagaikan masker kunyit ni, boleh jek nk campur dengan yogurt (plain yogurt ye), atau honey..campur dengan susu pun ok, tp I prefer original version.


ihsan dari google jugak: camni la rupe paste serbuk kunyit tu


ihsan dr google : pakai mask kunyit tu rata2 kat muka camni ye

Sekian, itu sahaja petua untuk hari ini, nk kulit cantik halus mulus macam artis korea boleh ler cube petua ni.. SANGAT MUJARAB OK,..sampai guna caps lock, hehhe.. kalau korang x try jugak x tau la nk yakinkan camana lagi..

p/s: lelaki perempuan boleh guna masker ni, barulah makin hensem dan cantik bila kulit cantik..lelaki pun kena jaga kulit sekarang sbb kalau x hensem pun tapi kalau kulit cantik bersih, perempuan pun suka tgk..-peace-


.