Okay, pembaca yg tengah baca blog ni mesti ada masalah kulit jerawat, blackhead, whitehead kan? kalau tak, mesti tak jumpa post pasal ni..hehe.. I hate blackhead.. Tak tau la apasal blackhead ni susah betul nak hilang. Hari-hari kena picit keluarkan blackhead dan whitehead. bila jalan2 selalu usha kulit muka orang lain, dalam hati mesti ckp, apa jugak la dorang pakai, kulit halus seyh, x nampak pun blackhead, clear jek kulit dorang.
ihsan dari pakcik google :blackhead
Tengok pic ni pun dah geram, rase nk picit2 jek blackhead dia..Bila blackhead penuh rasa macam semak jek kat hidung, ibarat rumput tumbuh meliar kat belakang rumah..heheh.. itulah feeling nya bila lama x bersihkan blackhead..pakai scrub apa pun tak guna, nnt dia datang balik, buat perabih duit jek..Mahal kot scrub2 tu seme..and one day, my cousin bagi tau petua kulit dia halus. seriously, kulit dia memang cun, licin jek..mana la x jeles.. rupenyer dia guna kunyit jek.. percaya x?? kunyit kat rumah itu, yang buat gaul ikan ngn ayam tu.. murah giler kot bajet!!,..
ok cara2 nya senang jek
1. masukkan serbuk kunyit dalam mangkuk
2.masukkan air pada mangkuk kunyit tu, sampai jadi paste
3. sapu rata kat muka, biarkan 15-20 minit
4. then basuh jek muka, kalau nk hilangkan kuning kat muka just basuh jek dengan pencuci muka.kuning tu mmg akan hilang
mesti ramai x percaya kan petua ni, tp seriously, after 20 minit pakai mask kunyit, kulit sangat2 lembut!! kalau tak percaya try la dulu.. pakai serbuk kunyit tu tak keluarkan kos apa2 pun, ambil jek serbuk kunyit mak kt dapur tu..hihi.. kalau rasa nk pelbagaikan masker kunyit ni, boleh jek nk campur dengan yogurt (plain yogurt ye), atau honey..campur dengan susu pun ok, tp I prefer original version.
ihsan dari google jugak: camni la rupe paste serbuk kunyit tu
ihsan dr google : pakai mask kunyit tu rata2 kat muka camni ye
Sekian, itu sahaja petua untuk hari ini, nk kulit cantik halus mulus macam artis korea boleh ler cube petua ni.. SANGAT MUJARAB OK,..sampai guna caps lock, hehhe.. kalau korang x try jugak x tau la nk yakinkan camana lagi..
p/s: lelaki perempuan boleh guna masker ni, barulah makin hensem dan cantik bila kulit cantik..lelaki pun kena jaga kulit sekarang sbb kalau x hensem pun tapi kalau kulit cantik bersih, perempuan pun suka tgk..-peace-
.
Hi sis, nice blog, saya dah cuba mask kunyit ni, mmg berkesan sangat.. Kulit mmg lmbut, mcm baby pun ada.. Heheh..
ReplyDeletetq, sbb komen kat blog saya :)
ReplyDelete